Permohonan Kemasukan Tingkatan Empat Sekolah Menengah Agama Terengganu Bagi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 adalah pada 05 November 2024 jam 3.00 petang Hingga 03 Disember 2024 jam 4.30 petang
PENGUMUMAN
Semakan Panggilan Temuduga Tingkatan Empat Sekolah Menengah Agama Terengganu bagi Sesi 2025/2026
SILA TEKAN BUTANG SEMAKAN BAGI CALON YANG TELAH MEMOHON :
Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu, Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) adalah aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Unit ICT JHEAT dan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu JPINT. Modul ini digunakan oleh ibubapa/penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. Aplikasi ini boleh dicapai oleh mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet.
Info Sistem
Berikut adalah aliran permohonan anda.
Permohonan Dibuka
Permohonan daripada calon
Calon mengisi permohonan pada tarikh yang ditetapkan. Sila cetak salinan permohonan dan slip permohonan sebagai rujukan dan bukti permohonan. Pengemaskinian maklumat dibenarkan sehingga ke tarikh tutup permohonan. Bagi permohonan ke Tingkatan 1, calon perlulah menyemak pada tarikh tertentu secara atas talian bagi menyemak kelayakan untuk menghadiri ujian.
PROSES PERMOHONAN
Panggilan ujian dan temu duga
Calon yang mengisi permohonan yang lengkap dan betul akan dipanggil untuk menduduki ujian dan temu duga.
Ujian Bertulis (Tingkatan 1)
Ujian Bertulis (Tingkatan 1)
Calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani Ujian dan Temu duga.
Tawaran/Rayuan
Tawaran dan rayuan
Calon yang berjaya akan dipanggil untuk mendaftar di sekolah yang dipilih. Calon yang berjaya perlulah mencetak surat tawaran, lampiran dan panduan pakaian. Sekiranyanya gagal, pelajar boleh membuat rayuan.