Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu dan Madrasah Moden Terengganu adalah aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Unit ICT JHEAT dan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu JPINT. Modul ini digunakan oleh ibubapa/penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. Aplikasi ini boleh dicapai oleh mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet. Untuk memohon sila klik Menu Aplikasi Online dan pilih kategori yang berkaitan.
Info Sistem
Berikut adalah aliran permohonan anda.
Permohonan Dibuka
Permohonan daripada calon
Calon mengisi permohonan pada tarikh yang ditetapkan. Sila cetak salinan permohonan dan slip permohonan sebagai rujukan dan bukti permohonan. Pengemaskinian maklumat dibenarkan sehingga ke tarikh tutup permohonan. Bagi permohonan ke Tingkatan 1, calon perlulah menyemak pada tarikh tertentu secara atas talian bagi menyemak kelayakan untuk menghadiri ujian.
PROSES PERMOHONAN
Proses permohonan akan dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, JPINT.
Permohonan akan diproses berdasarkan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA) atau yang setaraf dengannya. Calon yang mendapat keputusan yang baik mengikut tahap yang ditentukan berpeluang dipilih untuk proses seterusnya.
Ujian Bertulis (Tingkatan 1)
Ujian Bertulis (Tingkatan 1)
Calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani Ujian dan Temu duga.
Tawaran/Rayuan
Tawaran dan rayuan
Calon yang berjaya akan dipanggil untuk mendaftar di sekolah yang dipilih. Calon yang berjaya perlulah mencetak surat tawaran, lampiran dan panduan pakaian. Sekiranyanya gagal, pelajar boleh membuat rayuan.