Semakan Ujian Kemasukan Tingkatan Satu
Sekolah Menengah Agama Terengganu bagi Sesi 2025/2026
SILA TEKAN BUTANG SEMAKAN UJIAN BAGI CALON YANG TELAH MEMOHON :
SEMAKAN UJIAN
-----------------------------------------------------------
Permohonan Kemasukan Tingkatan Empat
Sekolah Menengah Agama Terengganu
Bagi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026
PERMOHONAN KE:
1) Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
2) Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT)
3) Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
4) Sekolah Menengah Agama (Harian)
SYARAT KEMASUKAN TINGKATAN EMPAT BERDASARKAN KEPUTUSAN
UJIAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 3 2024 DAN
UJIAN AKHIR TAHUN (UASA/UJIAN AKHIR TAHUN) 2024
SYARAT AM
✔ Berumur 16 Tahun pada tahun semasa pengambilan murid tingkatan empat
✔ Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman
✔ Calon-calon yang layak memohon dari :
● Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK / SMA Terengganu)
● Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK Luar Terengganu)
● Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
● Sekolah Menengah Kebangsaan, Kelas Aliran Agama (KAA)
● Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (IMTIAZ)
● Sekolah Agama Swasta
Tarikh Permohonan Dibuka
05 November 2024 jam 3.00 petang
Hingga
03 Disember 2024 jam 4.30 petang
PERMOHONAN TINGKATAN 4
Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu, Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) adalah aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Unit ICT JHEAT dan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu JPINT. Modul ini digunakan oleh ibubapa/penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. Aplikasi ini boleh dicapai oleh mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet.
Calon mengisi permohonan pada tarikh yang ditetapkan. Sila cetak salinan permohonan dan slip permohonan sebagai rujukan dan bukti permohonan. Pengemaskinian maklumat dibenarkan sehingga ke tarikh tutup permohonan. Bagi permohonan ke Tingkatan 1, calon perlulah menyemak pada tarikh tertentu secara atas talian bagi menyemak kelayakan untuk menghadiri ujian.
Calon yang mengisi permohonan yang lengkap dan betul akan dipanggil untuk menduduki ujian dan temu duga.
Calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani Ujian dan Temu duga.
Calon yang berjaya akan dipanggil untuk mendaftar di sekolah yang dipilih. Calon yang berjaya perlulah mencetak surat tawaran, lampiran dan panduan pakaian. Sekiranyanya gagal, pelajar boleh membuat rayuan.