Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu dan Madrasah Moden Terengganu adalah aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Unit ICT JHEAT dan dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan. Modul ini digunakan oleh ibubapa/penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. Aplikasi ini boleh dicapai oleh mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet. Untuk memohon sila klik Menu Aplikasi Online dan pilih kategori yang berkaitan.
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting SMANT. Sila layari laman web ini dari masa ke semasa untuk mendapatkan tarikh-tarikh terkini :
1. Permohonan Online Dibuka pada 24 November 2020 dan ditutup pada 12 Disember 2020
2. Semakan Ujian Kelayakan Dibuka pada 15 Disember 2020
3. Ujian Kelayakan adalah seperti berikut :
a- Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (Asrama Penuh) : 21 Disember 2020 (Isnin)
b- Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (Harian): 20 Disember 2020 (Ahad)
c- Madrasah Moden Terenganu : 22 Disember 2020 (Selasa)
Pemohon mengisi permohonan mengikut kategori yang layak. Sila cetak salinan permohonan dan slip permohonan sebagai rujukan dan bukti permohonan. Pengemaskinian maklumat dibenarkan sehingga ke tarikh tutup permohonan. Bagi permohona ke Tingkatan 1, pemohon perlulah menyemak pada tarikh tertentu secara atas talian bagi menyemak kelayakan untuk menghadiri ujian bertulis.
Permohonan akan diproses mengikut kategori dan kelayakan. Bagi permohonan Tingkatan 1, pihak sekolah akan menguruskan ujian bertulis di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan
Pelajar yang memohon dan cukup syarat akan dipanggil untuk menjalani Ujian Bertulis dan Bacaan AlQuran
Pelajar yang berjaya akan dipanggil untuk mendaftar di sekolah yang dipilih. Pelajar yang berjaya perlulah mencetak surat tawaran, lampiran dan panduan pakaian. Sekiranyanya gagal, pelajar boleh membuat rayuan.