PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN ENAM (PRA-UNIVERSITI)
SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU
KEMASUKAN KE :
1. SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN
- SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
2. SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAARIF
- SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
3. SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-FALAH
- SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
TEMPOH PERMOHONAN :
28 MEI 2024 BERMULA PUKUL 4.30 PETANG
SEHINGGA
18 JUN 2024 PUKUL 4.30 PETANG
SYARAT KEMASUKAN STPM DAN STAM PRA-UNIVERSITI (TINGKATAN ENAM) BERDASARKAN
KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2023
SYARAT AM
✔ Berumur Tidak Kurang 17 Tahun & Tidak Lebih 20 Tahun
Pada Pengambilan Pelajar Tingkatan Enam 2024.
✔ Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
✔ Terbuka kepada murid dari :
● Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / SMA Terengganu
● Madrasah Moden Terengganu
● Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (IMTIAZ)
● Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
● Sekolah Menengah Agama Swasta
PERMOHONAN KE STPM/STAM
Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu dan Madrasah Moden Terengganu adalah aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Unit ICT JHEAT dan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu JPINT. Modul ini digunakan oleh ibubapa/penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. Aplikasi ini boleh dicapai oleh mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet. Untuk memohon sila klik Menu Aplikasi Online dan pilih kategori yang berkaitan.
Calon mengisi permohonan pada tarikh yang ditetapkan. Sila cetak salinan permohonan dan slip permohonan sebagai rujukan dan bukti permohonan. Pengemaskinian maklumat dibenarkan sehingga ke tarikh tutup permohonan. Bagi permohonan ke Tingkatan 1, calon perlulah menyemak pada tarikh tertentu secara atas talian bagi menyemak kelayakan untuk menghadiri ujian.
Permohonan akan diproses berdasarkan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA) atau yang setaraf dengannya. Calon yang mendapat keputusan yang baik mengikut tahap yang ditentukan berpeluang dipilih untuk proses seterusnya.
Calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani Ujian dan Temu duga.
Calon yang berjaya akan dipanggil untuk mendaftar di sekolah yang dipilih. Calon yang berjaya perlulah mencetak surat tawaran, lampiran dan panduan pakaian. Sekiranyanya gagal, pelajar boleh membuat rayuan.