SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN
KEMASUKAN TINGKATAN SATU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU
SESI 2022
SEMAKAN KINI DIBUKA BERMULA :
28 MAC 2022 | 3.30 PETANG
TEKAN BUTANG DIBAWAH UNTUK SEMAKAN
SEMAKAN RAYUAN
___________________________________
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN
Kemasukan Tingkatan Empat bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin & Maahad Tahfiz Al-Quran ( MTQT )
Tarikh Semakan :
16 Mei 2022 bermula Jam 3.00 Petang
Kemasukan ke :
🔰Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA)
Sekolah Kluster Kecemerlangan
🔰Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT)
Program Pensijilan Tahfiz
Kepada calon-calon yang telah mengemukakan permohonan dan telah hadir ujian / temuduga, semakan panggilan boleh dibuat dengan klik butang dibawah :
SEMAKAN KEPUTUSAN
Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu dan Madrasah Moden Terengganu adalah aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Unit ICT JHEAT dan dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan. Modul ini digunakan oleh ibubapa/penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. Aplikasi ini boleh dicapai oleh mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet. Untuk memohon sila klik Menu Aplikasi Online dan pilih kategori yang berkaitan.
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting SMANT. Sila layari laman web ini dari masa ke semasa untuk mendapatkan tarikh-tarikh terkini :
1. Permohonan Online Dibuka pada 11 November 2021 dan ditutup pada 12 Disember 2021
2. Semakan Panggilan Ujian Penentuan Tahap Sekolah Pilihan (PTSP) dibuka pada 28 Disember 2021
3. Ujian Penentuan Tahap Sekolah Pilihan akan dilakukan secara online pada tarikh yang berikut :
a- Sesi Pertama : 05 Januari 2022 (Rabu)
b- Sesi kedua : 06 Januari 2022 (Khamis)
4. Semakan Keputusan Ujian Penentuan Tahap Sekolah Pilihan (PTSP) dibuka pada 01 Februari 2022
Calon mengisi permohonan pada tarikh yang ditetapkan. Sila cetak salinan permohonan dan slip permohonan sebagai rujukan dan bukti permohonan. Pengemaskinian maklumat dibenarkan sehingga ke tarikh tutup permohonan. Bagi permohonan ke Tingkatan 1, calon perlulah menyemak pada tarikh tertentu secara atas talian bagi menyemak kelayakan untuk menghadiri ujian online Penentuan Tahap Sekolah Pilihan (PTSP).
Permohonan akan diproses berdasarkan Ujian Penentuan Tahap Sekolah Pilihan (PTSP) secara online. Calon yang mendapat keputusan yang baik mengikut tahap yang ditentukan berpeluang memilih sekolah yang selayak dengannya. Sila semak keputusan PTSP pada tarikh yang ditetapkan.
Calon yang berjaya dalam PTSP akan dipanggil untuk menjalani Ujian Umum, Kurikulun Agama dan Kemahiran Al-Quran ( UKKQ ).
Calon yang berjaya akan dipanggil untuk mendaftar di sekolah yang dipilih. Calon yang berjaya perlulah mencetak surat tawaran, lampiran dan panduan pakaian. Sekiranyanya gagal, pelajar boleh membuat rayuan.